Thursday 19 September 2013

Suasana baru di penggal ke 2

Assalamualaikum...akhirnya dapat juga update blog nie..rasa dah bersarang,,,dah lama tak jenguk kesini... mungkin penyuasaian tugas baru di office nie. pelbagai kisah yang telah terlakar sepanjang sunyi nya ana dia blog ini. papepun alhamdulillah. masih diberi peluang untuk bernafas memperbaiki kekurangan diri.

tahun nie...pertama kalinya diri ini akan beraya haji di perantauan...sebenarnya diri ini mau pulang juga..tp apakah daya kan sehari ja cutinya...but minggu seterusnya saya pulang....ada kenduri kendara di kampung. so bagai orang penting balik la juga....tak tau nak masak apa untuk raya disini...apa yang perlu dibuat pun tak tau...mungkin nasi ayam, laksa,rendang,pulut kuning, mee kari, entahla aku pun tgk keadaan..lodeh sedap jugakkan..xpun nasi impit..semua menu kegemaran.... Terlalu awal memikirkannya. hehehe..semangat kan raya.. mungkin sebab suka tgk org makan hasil air tangan sendiri kot..walaupun tak tau la sedap tak.



Nie bukan new boyfrend ya...nie adik saya... terbang ke Australia juga akhirnya dia. tok buat sijil gas dan minyak..untungnya di tanggung oleh syarikat semuanya, rezeki dia kan..nie gambar time raya aritu...so ada beberapa keping lagi gambar kami adik beradik.. tahun nie kami beraya adik beradik ja..mak tak sehat..abah lak raya kat keratong..kami di kampung ngan mak..mak suh kami g rumah mak sedara yang lain..g umah makcik pun lama kami lepak..dok borak borak..macam macam..dah petang kami g pantai penyabong kat endau.. nak g pantai air papan dah petang sangat..malam kami sambung lagi beraya...nie kami share la sikit gambar kami adik beradik..










next time,...if ada masa diri ini akan share lagi pic k..punya lah lama sepi...ini jerk nak share...sayang keluargaku....jika saya tak mampu isteri yang baik, doakan saya jadi ibu yang baik. assalamualaikum...

Thursday 14 March 2013

Anugerah Akal

Suatu kisah di mana Jibril a.s telah datang kepada Nabi Adam a.s lalu berkata: Kedatanganku kali ini membawa tiga perkara, maka pilihlah satu diantara ketiga-tiganya.
Nabi Adam a.s menjawab: apakah tiga perkara itu wahai Jibril?
Jibril a.s menjawab: pertama akal, kedua agama dan ketiga malu.
Nabi Adam a.s menjawab: pilihanku ialah akal.
Maka Jibril a.s pun berkata kepada “agama” dan “malu”:  pergilah kamu berdua kerana Adam telah memilih akal.
Kedua-duanya kemudian menjawab: kami berdua mendapat perintah untuk mendampingi akal di mana sahaja ia berada.

TEKA MENEKA...TEKI MENEKI.....

Teka-teki Imam Ghazali rah.a

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (Teka Teki ) :
Imam Ghazali = ” Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?
Murid 1 = ” Orang tua “
Murid 2 = ” Guru “
Murid 3 = ” Teman “
Murid 4 = ” Kaum kerabat “
Imam Ghazali = ” Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).
Imam Ghazali = ” Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?”
Murid 1 = ” Negeri Cina “
Murid 2 = ” Bulan “
Murid 3 = ” Matahari “
Murid 4 = ” Bintang-bintang “
Iman Ghazali = ” Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun keadaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama”.
Iman Ghazali = ” Apa yang paling besar didunia ini ?”
Murid 1 = ” Gunung “
Murid 2 = ” Matahari “
Murid 3 = ” Bumi “
Imam Ghazali = ” Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A’raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.”
IMAM GHAZALI” Apa yang paling berat didunia? “
Murid 1 = ” Baja “
Murid 2 = ” Besi “
Murid 3 = ” Gajah “
Imam Ghazali = ” Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.”
Imam Ghazali = ” Apa yang paling ringan di dunia ini ?”
Murid 1 = ” Kapas”
Murid 2 = ” Angin “
Murid 3 = ” Debu “
Murid 4 = ” Daun-daun”
Imam Ghazali = ” Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT . Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat “
Imam Ghazali = ” Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? “
Murid- Murid dengan serentak menjawab = ” Pedang “
Imam Ghazali = ” Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri “

Tuesday 12 March 2013

ya badrotim...


Wahai purnama.....wahai purnama
Yang indah lagi sempurna
Bagaimana....bagaimana
Nak ku luah dengan kata-kata
Engkau menyinar di alam tinggi....dia alam tinggi....
Terangi kegelapan dan kebatilan...
Dengan mu alam bergemerlapan....bergemerlapan...
Zahir batin nur nikmat dan kemuliaan
Selawat Allah ke atasmu selama-lamanya....
Siang dan malam jua.....siang dan malam jua
Selawat jua pada ahlimu dan sahabatmu....
Mereka yang istimewa dam amat sempurna....

Monday 11 March 2013

korang tau tak....????

tahu tak, nabi banyak menangis kerana risau pada ummat, sedangkan kita banyak ketawa dengar rancangan kelakar.

tahu tak, nabi solat tahajjud sampai bengkak kaki, tapi kita main futsal sampai patah kaki.

tahu tak, nabi selalu beriktikaf di masjid, kerana duduk dalam suasana iman dan amal di masjid, maka hati dan akhlak akan terbentuk.

tahu tak, nabi suka tolong isteri memasak, sehinggakan bila sorang sahabat bagi salam di rumah nabi, maka nabi telah keluar dalam keadaan lengan bersingsing, dan debu tepung memutih di tangan baginda.

tahu tak, jika andai kata setiap langkah nabi berjalan akan tumbuh rumput, maka seluruh mekkah dan madinah akan dipenuhi rumput kerana nabi selalu berdakwah lorong ke lorong, pintu ke pintu, kabilah ke kabilah, hati ke hati, sedang kita berarak setahun sekali hari ni, nak banding amalan dakwah nabi, masih jauh seperti langit dan bumi. :(

Friday 8 March 2013

60 sebab sayang bayi

di penulis kongsi 60 sebab kenapa kita sayang bayi...

1. bayi anda kelihatan sungguh comel apabila memakai baju yang cantik dan baru.
2. Bayi dan anda bermain di bilik sendirian dalam suasana yang nyaman.
3. Anda menyanyikan lagu tepok amai-amai sambil memegang tangannya.
4. Bayi menujukkan riak wajah gembira apabila mendengar suara nyanyian anda walaupun agak sumbang.
5. Seharian anda gembira apabila melihat bayi anda tersenyum buat kali pertama.
6. Anda dapat menghabiskan masa bersama bayi anda sambil menonton rancangan televisyen kegemaran anda.
7. Bayi anda tidak kisah apa jua permainan yang diberikan kepadanya.
8. Bayi anda sentiasa menunjukkan rasa gembirannya walaupun hanya diberi permainan kotak kecil sahaja.
9. Anda boleh lakukan apa sahaja dengan bayi anda seperti menari sambil mendukungnya. Pastinya bayi seronok dengan gerakan ke kanan dan ke kiri.
10. Bayi akan sentiasa tersenyum apabila melihat wajah anda. Ia pengubat duka anda.
11. Anda bukan supermodel yang cantik dan menawan, tetapi bayi tetap suka melihat wajah anda siang dan malam.
12. Anda tetap hebat di hati bayi anda!
13. Rambut bayi lembut membuatkan anda suka membelainya.
Kasih sayang yang ditunjukkan oleh bayi adalah yang sebenar, tulus, dan murni.
14. Wajah bayi yang begitu suci membuatkan anda suka menatapnya setiap masa.
15. Badan bayi yang gebu membuatkan anda suka menyentuhnya bila-bila masa.
16. Bayi menjerit kegembiraan apabila melihat kelibat anda.
17. Tangisan bayi akan berhenti apabila anda dekat kepadanya.
18. Anda seronok berbual dengannya walaupun bayi belum faham apa yang anda ucapkan.
19. Bayi membuatkan anda merasakan dunia ini aman dan damai.
20. Ciuman anda akan membuatkan bayi tersenyum dan ketawa.
21. Sekali-sekala anda akan mengeletek badan bayi dan bayi akan menunjukkan aksi geli. Sungguh lucu sekali!
22. Bayi bertepuk tangan dan ketawa apabila melihat anda melangkah masuk ke dalam bilik.
23 Bayi seronok apabila anda mendukungnya.
24. Juga siapa lagi akan membuatkan anda bangun dengan penuh bersemangat waktu pagi. Pastinya bayi comel anda!
25. Bayi anda tersenyum semasa tidur, membuatkan anda merasakan bayi sangat gembira dengan kehidupannya.
26. Anda sanggup menghabiskan masa yang lama untuk melihat bayi anda tidur yang membuatkan anda merasa gembira bergelar ibu atau bapa.
27. Pelbagai jenama pakaian dipasaran yang menawan hati anda untuk digayakan oleh bayi anda.
28. Jika anda sedang bersedih, bayilah ‘pengubat’ hanya dengan melihat wajah bayi yang comel ini.
29. Sekarang masa anda banyak bersama bayi. Sungguh menyeronokkan!
30. Sungguh bahagia selepas 30 minit melihat bayi anda menyusu badan. (Penyusuan susu ibu seelokkan dilakukan antara 15 hingga 20 minit untuk setiap payu dara kanan dan kiri.)
31. Anda sunggup minum air dengan banyak dan makan makanan berkhasiat penambah susu dan pam susu 3 jam sekali (bagi ibu yang bekerjaya) setiap hari demi memastikan anda dapat memberikan penyusuan ibu secara eksklusif buat bayi anda.
32. Comelnya kaki kecil bayi! Anda meniup dan mengusik-usik di telapak kakinya.
33. Tangan kecilnya juga comel!
34. Bayi adalah teman terbaik untuk anda habiskan masa berjam-jam di kedai permainan kanak-kanak.
35. Bayi anda mengajar anda menghargai masa walaupun ketika itu baru jam 5 pagi!
36. Bayi membuatkan anda tidur awal kerana anda tertidur selepas menyusu susu badan kepadanya.
37. Anda terlalu sibuk untuk memikirkan kesan parut selepas melahirkannya.
38. Bayi anda akan mendengar semula lagu-lagu anda semasa bayi dulu yang hampir anda lupa.
39. Bayi anda sudah boleh makan. Walaupun wajahnya comot. Bayi anda tetap comel!
40. Bayi anda menunjukan keseronokkan semasa anda memandikannya.
41. Bau wangi badan bayi selepas mandi cukup menyenangkan anda.
42. Anda sanggup mencari mandian yang terbaik untuk bayi kerana kulit bayi begitu sensitif dan lembut.
43. Bayi anda memberikan senyuman semasa anda melakukan urutan padanya.
44. Anda tersenyum puas apabila bayi memandang ke arah ibu bapa anda yang kini sudah bergelar datuk dan neneknya.
45. Walaupun badan anda letih, tetapi tetap luangkan masa untuk membacakan buku cerita kanak-kanak kesukaan bayi anda berulang kali.
46. Walau apa yang berlaku dalam kehidupana anda, bayi tetap memikirkan anda yang terbaik dalam kehidupannya.
47. Gerakkan badan dan cara bayi merangkak atau membalingkan telefon kesayangan anda, semua itu anda anggap sebagai penerokaan buat bayi anda.
48. Anda mejerit kegembiraan apabila melihat bayi anda sudah boleh meniarap.
49. Bayi membuatkan anda berasa diri hebat, kuat dan tahan lasak yang anda tidak sedari sebelum kelahirannya.
50. Anda menjadi penenang buat bayi dengan memeluk eratnya yang menangis setelah diberi suntikan imunisasi.
51. Gelagat bayi anda memasukkan jari kaki ke mulut, tampak comel sungguh!
52. Bayi anda sakit. Kekuatan supermum anda terserlah!
53. Anda menjaga bayi dengan penuh berhati-hati kerana dia masih kecil.
54. Anda menjadi seorang yang cerewat untuk membeli segala kelengkapan bayi supaya bayi selesa dan selamat dalam jagaan anda.
55. Wajah bayi seiras anda dan suami. Anda tersenyum apabila ada teman berkata, “Mata bayi seiras seperti kamu.”
56. Setelah minum susu, anda akan sendawakan bayi. Arrrr! Sungguh comel bunyi sendawa daripada permata hati anda yang kecil ini.
57. Bayi mengajar anda menjadi seorang yang tidak pentingkan diri sendiri. Walaupun anda letih, anda tetapi memberi tumpuan kepada perkara asas bayi.
58. Anda dapat melihat kehebatan suami anda apabila sanggup menyalin lampin bayi. Biarpun dia tidak dapat menandingi anda tetapi dia berjaya menyalin lampin tanpa bayi menangis.
59. Anda dan suami tidak sabar untuk melihat perkembangan bayi setiap bulan.
60. Anda, suami dan bayi menjalani kehidupan yang harmoni sebagai sebuah keluarga.

Thursday 7 March 2013

Berselawatlah....

Kisah dibawah penulis kongsikan kepada semua untuk peringatan diri sendiri dan pembaca....
Tok ayoh baca dalam kitab Mukasyafatul Qulub oleh Imam Ghazali cerita bab selawat ni :

Ada seorang yg masyhur namanya Sufian Suri,sedang ia tawaf di kaabah,ada seorang pemuda ditepinya yang mana setiap langkah tawafnya disertai dengan selawat kepada Rasulullah,Sufian Suri memerhatikan pemuda tersebut,lalu ia bertanya kepada pemuda tsebut,

"Kenapa saya dengar daripada tadi lagi awak berselawat kepada Rasulullah,sedangkan Nabi SAW dah tinggalkan doa2 mathurat dalam setiap tawaf yang dikeliling sbnyk 7 kali tu".

Lalu pemuda itu bertanya,"Tuan ini siapa?",

Jawab sufian suri,"Saya sufian suri"..

Jawab pemuda " Ya Allah,nama ni memang saya kenal sangat,tapi ini kali pertama saya tengok rupa sufian suri.Tuan Sufian Suri,saya nak ceritakan kenapa saya berselawat disetiap langkahan tawaf saya ni.

Tahun lepas,saya datang mengerjakan ibadat haji dgn ayah saya.Apabila smpai disini,ayah saya sakit dan saya pangku kepala ayah saya dipeha saya sambil2 bdoa supaya ayah saya sihat namun keadaan ayah saya mkin teruk dan nazak akhirnya meninggal dunia dan serta merta muka ayah sy bertukar mjadi hitam dan saya ambil kain mnutupi muka ayah saya smbil istighfar smbil berdoa ampunilah dosa ayahku.

Dalam keadaan saya istighfar,saya terlena dan dalam tidur saya,saya ternampak seorang yang rupawan,wajah berseri2 duduk ditepi saya dan selak kain yang menutupi ayah dan menyapu 3x ke muka ayah saya dan tiba2 btukar mnjadi muka yang bseri2,lalu org tadi mnutup kmbali kain yg mnutupi muka ayah sy dan ingin berundur diri dan saya bpaut di betisnya dan bertanya,tuan ni siapa?,maka orang itu bkata,

"Sayalah Rasulullah,Rasulullah bertanya,awak nk tau kenapa ayah awk mukanya hitam?sbnrny ayah awk sorg yg fasiq minum arak,berjudi kecuali satu sahaja,lidahnya sntiasa basah berselawat kepadaku"..

Selepas dari tu,saya tsedar dari tidur dan saya mbuka kain yang menutupi muka ayah sy dan muka ayh sy talah btukar kpd bseri.. sejak dari tu,sy tidak lupa untuk berselawat kpd Rasulullah..

Maka berkata Sufian Suri,"awk telah mendapat ijazah besar dari Rasulullah sendiri,oleh itu,sy tidak akan tegur ap yg awk buat dan apa yg awk bca,tpulanglah kpd awk.."

PS : Budayakanlah berselawat ke atas Rasulullah SAW dalam kehidupan seharian kita :

“Barang siapa yang berselawat ke atasku dengan sekali selawat, nescaya Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh kali.”

(Hadis riwayat Muslim)

- Allahumma solli 'ala Sayyidina Muhammad wa 'ala aali Sayyidina Muhammad -